Thursday 2 April 2015

Pencuri Kunci Hati #1


Bab 1

   Kolam matanya tumpah. Untaian manik jernih jatuh membasahi pipi dengan lajunya. Entah mengapa hatinya tersentuh dengan kata-kata lelaki itu. Entah mengapa air matanya murah untuk lelaki itu. Entah apa istimewanya. Tangannya pantas menyapu air jernih itu. Tetapi tidak sepantas air jernih yang masih mengalir turun. Mencurah-curah!
   “Sudah la tu. Bukan apa pun. Kau tak payah la sentap nak touching melampau macam ni. Risau aku nengoknye!” Tak berperasaan temannya memujuk.
   “Kau apa tahu? Sakit sangat hati aku ni! Sampai hati dia buat macam tu...huhuhu....” serak suaranya kerana menangis. Apa yang temannya itu tahu? Sakit di hati bila dilukai oleh seorang lelaki. Sakit sangat! Ayu menahan rasa. Iye-iye je minah ni. Bukan nak ringankan perasaan aku ke apa. Huh!
  “Arina Idayu! Engkau, kok ye pun nak menangis, agak la sikit. Itu dalam novel je! Yang kau terbawak sangat ni kenapa? Kot dah perasan jadi heroin cerita tu. Haila....kawan aku!” Muka Zalwa sudah menyinga. Kemudian spontan kepalanya tergeleng. Meluat dengan Ayu. Apa kes cerita dalam novel dia nak menangis teruk-teruk macam mati laki?
  “Cik Zalwa yang tak berapa nak comel macam Miss Ayu ni, kau tak tahu kisahnya. Sedih wei! Ada ke patut mamat tu.....bla....bla....bla....” Ayu mula berdrama. Zalwa tayang muka bosan. Pekehal  minah ni ingat aku jiwang macam dia? Urgh! Nasib la kau kawan aku, kalau tak.....aku humban dalam lombong je!
  “Assalamualaikum.” Huluran salam yang kedengaran mematahkan sesi penceritaan Ayu dan Zalwa.
“Waalaikumussalam!” Serentak mereka berdua menjawab. Oh, makcik stone  dah balik.  Makcik stone  a.k.a. Ima.
“Imaaaaa!” Kuat Ayu menjerit. Dengan gaya budak dua tahun tunggu mama dia balik.
“Hah, sudah. Ni apakehal pulak dah ni? Tetiba nak buat gaya mesra petronas dengan aku,” Ima melucutkan tudung yang dari pagi tersarung di kepalanya. Panas! Dia melabuhkan duduk di sofa three-seater yang dah sedia menempatkan batang tubuh Zalwa dan Ayu.
  Weyh, amacam date? Okay? Kau belanja ke, dia yang belanja?” Zalwa dah menyerang Ima dengan soalan ‘panas’.
“Biasa je. Aku makan, dia bayar. Dia drive, aku tong-tong minyak.” Ha, ini barulah nampak macam adil. Taklah yang lelaki saja terbeban bila nak keluar date. Ini namanya, demokrasi terpimpin! Bagus kau, Ima. Meringankan beban pakwemu yang handsome ala-ala Anwar Hadi. Kenal tak Anwar Hadi? Alaa...si vlogger yang tengah hot meletup-letup sekali dengan Matluthfi dan Maria Elena tu.
  “Aku kalau dapat pakcik macam pakwe kau tu, confirm aku ‘ikat’ kaki dia. Bukan senang nak dapat wei. Handsome siot!!” Zalwa dah mula berangan.
“Tapi, Wa, mana nak cari pakcik macam tu? Dah la handsome, pandai masak, penyayang nak mampus. Dah tu caring lagi. Huh, memang bertuah la makcik stone ni dapat pakcik tu!” Statement berbau cemburu. Ima cuma tersenyum. Nak kata apa lagi?
  “Haihhh......” Serentak mereka bertiga mengeluh.
Bilalah prince charming aku nak muncul?

  Borang cuti diisi. Mak suruh balik. Kenapa entah. Ada orang masuk meminang aku ke? Huhuhu....ceq tak mau kahwin lagi!
   Ayu dah berangan berlebih. Tak sedar Kak Fiona masuk ke bilik sederhana besar yang dijadikan pejabat kecil itu.
“Na nak balik kampung berapa hari?” Soal Kak Fiona sambil menepuk perlahan bahu Ayu.
Hei, sapa kata aku nak kahwin!” Terpelanting pen Faber Castell di tangan. Kak Fiona dah ketawa terkekeh-kekeh.
“Na cuti ni sebab nak kahwin ke?” Soal Kak Fiona sambil ketawa tak berhenti. Lawak sangatlah tu! Grr...
  “Taklah. Ni mak suruh balik. Entah apa hendaknya. Na pun musykil ni, kak.” Jawab Ayu sambil jari telunjuk mengusap dagu. Konon fikir masalah negara jiran. Hahaha....
  “Eloklah Na balik. Kan Na pun jarang balik Sungai Petani tu. Konon macam jauh tagha Alaska!Hahaha...adoi Kak Fiona. Pelik la Kak Fiona cakap Kedah! Tapi memang betul pun. Aku dah lama tak balik Sungai Petani. Ermm...dua bulan enam hari tu lama ke bagi aku yang duduk di Laguna Merbok ni? Huhuhu...
 “Eh, memang la lama. Kau pergi balik la! Kesian mak kau tu. Mak kau, mak aku. Hehehe...” Azha menyampuk. Eh, macam mana dia tau isi otak aku? Azha a.k.a Inche Bos di Tadika Impianku! Orangnya tak tinggi sangat. Lebih sikit dari aku. Kurus-kurus, putih Melayu kulitnya. Charming. Tapi aku tak terpikat pun? Eh? Aku bukan lesbian tau! Cuma....
Ayu tunjuk muka garang. Giloss  nak share-share  mak? Ingat aku ni apa, rakan kongsi gelap dia?!
“Penyibuk!” Ayu bersuara di bawah nafas. Azha menarik borang cuti dari tangan Ayu.
“Melawan! Melawan!” Sengaja dia mengusik.
Biaqlah. Bukan laki  Na pun! Wekk.” Segera dia mengemas alat-alat tulisnya. Nak balik!
“Balik dulu Kak Ona, Inche Bos!” Laju dia melangkah keluar.
“Fiona la, budak!!!” Lantang suara Kak Fiona menjerit. Hahaha....itu pun nak marah kakak sorang ni.
“Na!” Inche Bos melaung namanya. “Alang-alang ni, Na cuti terus je lah. Lagipun nak cuti sekolah dah. Okay?”
“Tak pe ke Inche Bos?” Ragu-ragu dia menyoal. Mana tahu, si Azha ni sekadar menduga. Lelaki ini kadang-kadang boleh jadi putus fius juga bila nak kenakan orang.
Yup. Cuti la,” Azha tersenyum manis. Yezza! Ni yang nak sayang Inche Bos ni!!


Ahh...damn! Damn...damn lagi. Damn ah apasal aku terikut gaya si Hamzah Ian ni?!” Ayu tergeleng. Tengah serabut dengan permintaan mak tersayang. Dah tu boleh pulak tiru-tiru style si Hamzah Ian, si blogger  tu. Hey, who’s on earth kaki blogger yang tak kenal mamat ultraman tu? Hahah!
Tangan digaru perlahan di kepala. Best la pulak rasa. Hee...dari nak memikir serabut kepala tak kira, baik aku tidur. Senang!
Hello kitty ditarik ke pelukan. Bantal busuk dari sekolah rendah lagi tu. Huhuhu...
   “Arina Idayu!! Jangan beghangan nak tidoq. Keluaq mai sini la jugak!!” Tudia...Mak Teh dah buat gaya kejam dah. Dengan suara ala-ala jeritan batinku. Adehh...mak aku!
Dengan malas rambut yang mencecah punggung itu disanggul tinggi. Dilepas perlahan hello kitty dari pelukan.
   Bye sayang. Mak dengki dengan kita! Huhuhu...” Sempat Ayu berkata-kata kepada patung yang tidak bernyawa itu. Leher baju yang longgar dibetulkan. Seksi aku! Hihihi...
    Awat mak?” Malas suaranya dilontar.
  Awat! Awat! Ambik senapang pi kawad! Dah gaya apa rambut adik tu?” Mak sedang melipat baju. Sambil mata menghala ke arah peti televisyen dan mulut macam machine gun bebelkan dia. Betullah fakta yang dia pernah baca. Perempuan boleh melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa.
  “Gaya pontianak, mak.” Sengaja dikusutkan lagi rambut yang sedia kusut. Dibaringkan tubuhnya di sofa three-seater yang seakan-akan memanggil dirinya. Huhuhu...bestnya landing!
  “Hah, jangan dok gatai nak tidoq! Ni mak nak tanya banyak ni. Apa yang adik tak berkenan sangat dengan si Azha tu?” Mak dah mula dah...dia dah mula dah! Ada saja la tu benda yang nak digula tentang Inche Bos tu. Benci!!!
 “Mak tengok baik budaknya. Sopan santun. Pandai masak. Bolehlah mak pencen memasak kalau adik kahwin dengan dia. Lagipun dia tu mak tengok bla...bla..bla...” Jauh mak aku berfikir. Haishh...
Kan betul! Tak ada lainnya kalau sebut pasal Inche Bos tu. Inche Bos yang baik. Inche Bos yang sweet. Huh! Tak masuk list langsung. Tak boleh pergi dowh!!
Ayu buat muka bosan. Apa mak ni... balik rumah kena bebel. Baik aku jangan balik. Kalau la aku tahu yang senyuman Inche Bos hari tu ada makna, sah-sah aku pelangkung dia dengan drum set  yang ada di tadika tu. Biar tersimpan idea dia nak meminang aku. Biar benjol kepala dia macam Shin Chan kena. Hehehe...jauh imaginasi!
    Tu la mak. Adik pun tak tau tang mana yang adik tak berkenan kat dia. Tapi mak, Ya Rabbi kalau mak kenai dia. Huishh perangai betoi kalah jeneral iblis tu!” Ayu buat muka bersungguh-sungguh.
    Betoi  sangat la tu kan. Ingat mak tak tau taktik adik? Kalau si Azha tu jeneral iblis, hang tu apa? Ketua segala ketua iblis?” amek kau sedas dari Mak Teh. Jawab jangan tak jawab Ayu!
    “Mak! Mak tak tengok ka muka innocent anak mak ni? Cuba tengok sikit. Jujur habis ni mak oiii...takkan la muka jujur anak mak ni mak kata muka ketua segala ketua iblis? Sampai hati mak tau!” Ayu tayang muka sekupang. Dia yang tadinya elok terbaring di sofa dengan perlahan-lahan mengengsot ke arah Mak Teh. Ditarik-tarik kain batik Mak Teh sambil muka masih ditahan harga sekupang.
     “Hah! Ni tak lain nak buat drama la ni! Mengada punya anak.” Mak Teh menyekeh kepala Ayu perlahan dengan niat untuk menyakat anaknya itu. Lalu dia tersenyum kecil sendiri.
     “Mak, kita sembang benda lain la.” Ayu menutup perbualan tentang Azha. Mak Teh buat muka mendengar bicara Ayu.
     “Hah, bila adik nak balik Laguna?”
     “Amboi aih mak...baru balik sini mak dah suruh balik sana pulak? Tak pa la...sampai hati mak! Buang anak kesayangan mak yang kiut-miut, cun, comey-lotey, bersopan-santun dan disukai ramai ni. Huhuhu...!” Ayu sengaja mengusik. Dia memeluk erat kaki Mak Teh sekuat hati. Saja buat drama petang-petang. Drama queen betul!
     “Assalamualaikum!” Suara seorang lelaki menerbangkan drama Ayu. Segera dia mencapai kain batik yang sudah berlipat untuk menutup rambut. Dipeluk kembali kaki ibunya di bawah sedar.
     Uik...drama apa ni Mak Teh?” Lelaki itu menahan senyum yang menarik pinggir bibir. Handsome! Dia melabuhkan duduk di sofa yang tadinya milik Ayu.
     “Ni ha budak ni. Saja nak manja-manja. Ishh, rimas la anak oi!!!” Dikais tangan Ayu.
Muka Ayu yang sejak tadi kaku melihat kemunculan lelaki itu kembali hidup. “Datang rumah tak berjemput. Huh, gedik punya mamat!” Ayu bersuara dengan oktaf yang rendah di bawah nafas. Sekadar melepas marah yang terpendam. Potong stim je  aku nak manja-manja dengan mak aku!
Lelaki itu hanya tersenyum. Senyuman yang mengingatkan Ayu tentang sesuatu. Senyuman yang pernah buat dia merindu. Senyuman yang pernah buat dia terkeliru. Senyuman yang pernah dia cuba lepaskan berlalu. ‘Tolonglah jangan senyum lagi!!’ hatinya meronta. Tetapi lelaki itu terus tersenyum...